Membawang Hari Ini

Mahu kurus, Nabila amal Muay Thai

KUALA LUMPUR: Aktres Nabila Huda, 33, menjadikan seni mempertahankan diri Muay Thai sebagai hobi yang juga antara rutin berkesan untuk menurunkan berat badan.

Nabila mengakui bertuah apabila mendapat galakan suami, Mohd Izwan Johar berjinak-jinak dengan aktiviti berkenaan selain mendapatkan khidmat rakan terdekat yang juga jurulatih Muay Thai.

“Sebelum ini ramai menegur tubuh saya semakin berisi namun saya tidak menghiraukan perkara itu kerana suami tidak pula mengomel. Secara jujurnya saya memang tidak pernah menitik beratkan tentang pemakanan seharian, apatah lagi bersenam.

“Kebetulan jurulatih itu juga kawan suami saya. Sekarang dengan jadual kerja yang tidak begitu sibuk saya dapat menjalani rutin di gelanggang Muay Thai itu.

Kesempatan ini saya gunakan untuk mendapatkan berat ideal. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya bersenam namun tidaklah sehingga memaksa diri.

“Daripada suka-suka kini Muay Thai sudah menjadi hobi. Ia aktiviti mengeluarkan peluh yang bagus kerana menggerakkan otot setiap bahagian tubuh ,” katanya ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Nabila berkata, sukan yang berasal dari Thailand itu bukan saja bagus untuk kecerdasan tubuh dan kesihatan namun boleh dijadikan kaedah untuk mempertahankan diri.

Dalam perkembangan terkini, Nabila baharu saja memulakan penggambaran filem adaptasi novel berjudul Tombiruo arahan Nasir Jani dan Seth Larney.

Filem yang dijangka ditayangkan tahun depan itu turut dibintangi Zul Ariffin, Dynas Mokhtar, Datuk M Nasir, Faizal Hussein dan Farid Kamil.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");