Berita Hari Ini

Maik arah 590 masjid sertai World #QuranHour

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (Maik) akan mengarahkan 590 masjid di negeri ini menyertai World #QuranHour pada 9 Zulhijah nanti.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr Mohd Nik Azlan Abd Hadi berkata, usaha penganjuran World #QuranHour adalah inisiatif terbaik mengaktifkan al-Quran secara serentak selama sejam pada tarikh dan masa itu.

“Maik akan mengarahkan masjid-masjid di bawah kelolaan kami supaya menyertai World #QuranHour dengan membacakan al-Quran dari jam 9 pagi hingga 10 pagi.

“Usaha ini bagus memandangkan ia mampu menyemai rasa cinta, mengambil hidayah dan berkat dengan bacaan al-Quran,” katanya di pejabatnya, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengurus Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Noor.

Mohd Nik Azlan berkata, World #QuranHour itu disambut baik memandangkan pada hari berkenaan, Maik merancang akan menjalankan aktiviti Hari Tazkirah bersama kakitangannya dari jam 8.30 pagi.

“Pada hari tersebut, Maik akan melakukan Hari Tazkirah dengan mengaji al-Quran selama 15 minit dan dalam masa sejam kami akan memegang al-Quran dan tafsir,” katanya.

Beliau berkata, program yang jatuh pada Hari Wuquf sesuai dijalankan untuk mengimarahkan ibadah dan memperbanyakkan amalan sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha.

“Kita berharap supaya umat Islam terus membaca al-Quran sekurang-kurangnya sehelai sehari.

“Amalan World #QuranHour juga dilihat mampu menjadikan bacaan al-Quran bersinambung bergerak mengikut waktu tempatan di negara masing-masing,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");