Jenayah

Maut motosikal bertembung Kancil

MACHANG – Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Tok Bok, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, Muhammad Faiz Radzali, 17, maut di tempat kejadian, manakala rakannya, Adam Syafiq Abdul Aziz, 17, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abdul Ghani berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa dari arah Kota Bharu ke Kuala Krai bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.

Katanya, kereta tersebut dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain, sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal dinaiki kedua-dua mangsa.

“Mangsa yang datang dari arah bertentangan, tidak sempat mengelak lalu bertembung. Mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan.

“Siasatan akan diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, semalam.

Allahyarham Muhammad Faiz beralamat di Kampung Air Belaga, dekat Banggol Judah, manakala Adam Syafiq beralamat di Kampung Bukit Tiu.

Kejadian membabitkan motosikal jenis Honda EX5 dan Perodua Kancil di Kilometer 31.9 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai itu dikatakan berlaku ketika hujan dan jalan basah.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");