Perak Hari Ini

MB Perak Pantau Projek Pembangunan di Pangkor

PULAU PANGKOR: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini telah melakukan lawatan kerja ke Pulau Pangkor untuk memantau projek pembangunan di pulau berkenaan.

Zambry ketika ditemui berkata, beliau ingin melihat sendiri perkembangan projek berkenaan sama ada telah atau belum disiapkan.

16

Ujarnya, sehingga kini, beberapa projek di Pulau Pangkor berkenaan telah pun menunjukkan perkembangan positif termasuklah pembinaan masjid terapung.

Tambah beliau, masjid yang turut dikenali sebagai ‘Masjid 1,000 Selawat’ berkenaan dijangkakan akan siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.

13

“Saya harapkan masjid ini dapat disiapkan pada waktunya dan ia juga dijangkakan boleh digunakan pada Hari Raya Haji ini yang mana ini jangkaan awal kita dan keseluruhan dijangkakan akan dapat disiapkan pada hujung tahun ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, Zambry berkata, projek perumahan nelayan yang terletak berhampiran dengan masjid tersebut juga hampir siap dibina dan dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

12

“Beliau (Perdana Menteri) baru-baru ini telah datang ke Lumut dan dari kawasan NAVY, beliau dapat melihat terus ke kawasan ini dan melihat kawasan perumahan nelayan yang beliau berikan bantuan itu… Beliau sendiri menyatakan komitmen untuk datang merasmikannya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zambry turut melawat ke beberapa lokasi lain termasuklah kawasan yang digunakan sebagai tempat pemulihan dadah di negeri Perak.

24

‘Model ini kita gunakan bersama Pengasih. Kita menjangkakan pusat ini dapat mengendalikan lebih daripada 100 orang pada satu-satu masa.

“Pendekatan yang kita gunakan ini bukanlah seperti memenjarakan mereka tetapi lebih kepada pendekatan memulihkan mereka atau dipanggil ‘detox’ iaitu untuk keluarkan apa yang berada dalam badan mereka.

“Dengan pendekatan yang kita lakukan, kita harapkan dapat ditangani penagihan dadah dengan sebaiknya,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");