Isu Panas

MCA, DAP, Gerakan guna hudud rebut sokongan

KOTA BHARU – Isu hudud digunakan oleh MCA, DAP dan Gerakan untuk mendapatkan pengaruh politik khususnya sokongan rakyat bukan Islam.

Naib Presiden Pas,Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, hudud menjadi isu besar apabila tiga parti itu menjadikan ia ‘batu loncatan’ untuk berebut mendapatkan sokongan dan pengaruh masyarakat Cina.

“Benda ini kena letak dari segi akademik dan objektifnya bukan emosi, ini isu orang Islam kenapa dibesarkan seolah-olah untuk menggugat bukan Islam.

“Kita bercakap dalam konteks orang Islam, malah tindakan Persatuan Hokkien buat pungutan tandatangan tanda bantahan tidak sepatutnya walaupun itu hak dia. Isu ini berkaitan Islam, langsung tiada kena mengena dengan mereka (bukan Islam),”katanya kepada media.

Terdahulu Mohd Amar menghadiri Forum Penjelasan dan Dialog Pindaan RUU 355 kepada pemimpin masyarakat dan NGO bukan Islam dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jahaeaik), Persatuan Dewan Perniagaan Cina dan Persatuan Tionghua di sini, semalam.

Turut serta, Setiausaha Agung Pas merangkap Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyudin Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Masyarakat,Mumtaz Md Nawi dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Dalam pada itu,Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, jika benar hudud berjalan di bumi Malaysia ia tidak memberi kesan kepada kepada bukan Islam.

Malah katanya,bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh membicarakan pesalah bukan Islam.

“Bagi saya hudud atau Pindaan RUU 355 bukan isu jika ia tidak dipolitikkan,”katanya.

Mengulas mengenai forum tersebut, beliau berkata,program dialog seperti ini perlu diadakan secara berkala dalam apa-apa isu yang menyentuh masyarakat bukan Islam.

“Jika ada isu kita boleh bersemuka dan memahami apa persoalan dalam kalangan bukan Islam di Kelantan.

“Kesimpulan forum secara umumnya sangat positifwalaupun ada yang tidak setuju, kita tidak paksa untuk bukan Islam setuju sekurang-kurangnya boleh dengar pandangan masing-masing,”katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");