Panasnya Hari Ini

MCA Hanya Tunggu Masa ‘Dikuburkan’

KUALA LUMPUR:Bekas menteri penerangan,Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan Umno masih dilihat ‘buta’ dan berada dalam sindrom penafian mengenai keadaan dan status rakan komponennya MCA, Gerakan dan MIC yang kelihatan hanya menunggu masa ‘dikuburkan’ menjelang pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata demikikan menerusi blognya, turut menegaskan bahawa kehadiran ramai perwakilan dalam perhimpunan agung parti komponen itu tidak bererti orang Cina sudah mula kembali kepada MCA.

Memetik sumber laporan Freemalaysiatoday, beliau turut mempersoalkan pemimpin MCA yang tidak mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Barisan Nasional (BN) kerana takut tindakan itu akan menjauhkan lagi masyarakat Cina daripada MCA.

Tambahnya MCA menjadi rakan Umno sejak sebelum merdeka tetapi mereka diibaratkan seperti duri dalam daging berikutan perkauman Cinanya terserlah bila Umno dalam keadaan yang lemah.

“Selain tekanan orang Cina, pada PRU14 nanti, bukan generasi baharu Melayu saja yang menentang Umno tetapi ramai golongan pertengahan umur dan orang tua-tua Melayu atau penyokong lama Umno yang kecewa dengan Najib dan Rosmah menunggu masa untuk membuktikan kesetiaan mereka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad,” tulisnya.

Katanya, Najib memburukkan kerjasama Dr Mahathir dengan DAP bakal menjadi senjata makan tuan.

Berikutan itu jelasnya, Najib tidak menyedari bahawa DAP sedang menggantikan MCA sebagai wakil orang Cina menerusi pakatan dengan parti baharu Dr Mahathir, walaupun ia cuba menggambarkan dirinya mewakili semua kaum.

Katanya, agenda memburukkan Dr Mahathir sedikit sebanyak menyebabkan berlakunya timbal balik, yang secara tidak langsung menimbulkan simpati lebih besar kepada bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.

“Umno mengutuk Dr Mahathir habis-habisan sebagai pengkhianat bangsa dan agama kerana sanggup bekerjasama dengan DAP tetapi melupakan hakikat PAS yang merapatinya sekarang pernah bergabung dengan DAP untuk membunuhnya.

“Dr Mahathir tahu dia tidak akan menarik ahli Umno ke partinya tetapi ramai penyokong senyapnya berada dalam Umno selain yang atas pagar. Ahli Umno yang akan berpecah belah kerana perebutan kerusi calon menjelang pilihan raya juga akan menyokong parti baharu ini. Pada ketika itu Najib akan sedar wang bukan lagi raja,” tulisnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");