Perak Hari Ini

‘Mergastua’ Cafe Hutan

TAIPING:Bayangkan jika anda menikmati secawan kopi panas dan makanan yang lazat sambil kelilingi panorama hutan rimba, flora dan fauna yang indah. Pastinya ia akan menjadi satu kenangan yang sukar dilupakan.PERAK TODAY 2

PERAK TODAY 1
Pengurus restoran, Abdul Ghani Nordin

Restoran Mergastua yang terletak di sini pastinya menjanjikan sedikit kelainan apabila anda menikmati hidangan anda dengan suasana yang begitu menenangkan.

Terletak di pintu hadapan Zoo Taiping & Night Safari di sini menawarkan pelbagai menu tradisional dan juga barat dengan harga yang cukup berpatutan.

Menurut pengurus restoran, Abdul Ghani Nordin nama asal Zoo Taiping iaitu Taman Mergastua menjadikan ilham untuk beliau menamakan restoran ini kerana baginya nama itu cukup unik dan istimewa dengan sejarahnya.

Bercerita mengenai menu yang ditawarkan pula, terdapat pelbagai pilihan makanan tradisional dan juga barat antaranya masak lemak ayam dan Chicken Chop antara hidangan terbaik di sini.

PERAK TODAY 6“Bagi hidangan chicken chop kuahnya sangat istimewa resepinya,” katanya.

Restoran ini dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 10 pagi sampai 9 malam manakala bagi hujung minggu 9 pagi hingga 10 malam.

Katanya lagi, pemilihan menu adalah mengikut citarasa pelanggan seperti yang disediakan di rumah.

Antara menu yang perlu anda cuba jika berkunjung ke restoran ini adalah seperti asam pedas ikan pari (RM9.50), samosa (RM6.00) dan juga nasi goreng lengkap dengan acar nyonya yang cukup enak cuma RM8.50.

PERAK TODAY 7 PERAK TODAY 5 PERAK TODAY 4

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");