Jenayah

Merkuri tumpah dalam klinik kesihatan

Marang: Sepasukan anggota HAZMAT dikejarkan ke Klinik Kesihatan Merchang di sini, berikutan berlaku tumpahan cecair merkuri kira-kira 10 pagi ini.

Kejadian itu berlaku di bilik rawatan di klinik ketika seorang pesakit menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor lelaki.

Pesakit lelaki terbabit dikatakan terlanggar termometer hingga menyebabkannya terjatuh dan pecah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Abdulah Zawawi Mohamed berkata, sepasukan lapan pegawai dan anggota dari Marang dibantuempat anggota HAZMAT dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan 10.40 pagi.

Menurutnya, operasi pembersihan di lokasi selesai sepenuhnya 12.34 tengah hari.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");