Membawang Hari Ini

Mira dakwa tiada hubungan istimewa dengan Fattah Amin

KUALA LUMPUR: “Tiada apa-apa hubungan istimewa antara kami. Semuanya dilakukan atas dasar kerja. Memang tidak ada yang lebih-lebih seperti heboh diperkatakan.”

Itulah kata-kata Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29, Mira Filzah, 23, apabila diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya wujud hubungan istimewa antara dirinya dengan pelakon, Fattah Amin.

Kononnya juga, Mira menyertai syarikat pengurusan Myfastyle disebabkan ajakan aktor berkenaan.

Malah, syarikat yang turut menaungi Fattah dan bekas kekasihnya, Sherry Ibrahim, itu juga dikatakan milik pelakon lelaki terbabit.

Seperti dijelaskan Fattah sebelum ini, Myfastyle bukanlah syarikat miliknya, sebaliknya ia diusahakan oleh Faz Subari bersama rakan perniagaannya, Eddie Stefani.

“Seperti penyertaan saya dalam syarikat Myfastyle pun kerana saya berhubung sendiri dengan Faz. Daripada perbincangan itu, saya dan dirinya berkongsi idea. Memang tiada kaitan dengan Fattah.

“Saya menyertai syarikat berkenaan kerana saya memerlukan mereka yang lebih pakar dan berpengalaman dalam menguruskan apa saja tawaran membabitkan tanggungjawab sebagai duta atau jenama,” katanya kepada BH Online.

Fattah bukan lelaki pertama dikaitkan dengan bintang baharu terbabit. Sebelum ini beliau digosipkan dengan pelawak, Zizan Razak, yang mengacarakan malam kemuncak ABPBH 29 bersama-samanya.

Tidak lama kemudian, timbul pula cerita Mira mempunyai hubungan istimewa dengan teman baik sendiri, pelakon Ben Ali.

Terbaharu, namanya dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan Fattah-Sherry. Mira dan Fattah sebelum ini pernah berlakon bersama dalam drama, Ketupat Palas Mr Handsome, dan telefilem, Ustaz Enjin.

“Selagi tidak keluar daripada mulut saya sendiri, saya bercinta dengan sesiapa, bermakna saya masih single. Cerita yang bertebaran itu tidak benar sama sekali.

“Saya selesa berkawan dengan semua orang. Sebelum ini pun saya pernah cakap, mungkin dengan berkahwin saja barangkali cerita sebegini akan lenyap. Bagaimanapun saya belum ada calon lagi, jadi macam mana nak kahwin?” selorohnya.

Dalam perkembangan lain, Mira memberitahu dirinya akan terbabit dengan projek penerbitan buku mengenai kesihatan dan kecantikan bersama Fattah dan Datuk Aliff Syukri (Terlajak Laris), hasil usaha syarikat pengurusannya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");