Membawang Hari Ini

Misha Janji Perkenal Bayi Selepas Sihat Sepenuhnya

PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar berjanji untuk memperkenalkan anak sulungnya kepada peminat selepas bayi tersebut sihat sepenuhnya.

Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 34, berkata, buat masa ini bayi lelakinya itu masih dalam pemantuan doktor berikutan ia dilahirkan tiga minggu awal daripada tarikh jangkaan sebenar.

“Alhamdulillah, saya selamat melahirkan cahaya mata lelaki kira-kira pukul 10.20 malam tadi, ia tiga minggu awal daripada tarikh yang doktor jangkakan.

“Anak saya sekarang berada dalam keadaan sihat cuma masih dalam pemantauan doktor kerana tidak cukup bulan.

“Insya-Allah saya akan memperkenalkannya kepada umum selepas doktor mengesahkan dia betul-betul sihat,” ujarnya kepada mStar Online.

Bayi seberat 2.05 kilogram itu dilahirkan secara normal di Hospital Censelor Tunku Muhriz (HCTM), di sini, malam Rabu.

Penyanyi Pulangkan itu mengalami pendarahan selepas penggambaran muzik video lagu duet bersama Adibah Noor yang diadakan di Morib, Selangor petang Rabu.

Tambah Misha, pengurus yang juga kakaknya, Mimie Omar membawanya terus ke hospital kira-kira pukul 10 malam selepas mengalami tanda-tanda untuk bersalin.

“Alhamdulillah semuanya berlaku dengan pantas dan yang penting semua selamat,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang bercuti daripada kerjaya nyanyian, Misha berkata, dia akan melalui proses tempoh pantang sebelum menyambung aktiviti seninya semula.

“Kerjaya nyanyian saya diteruskan selepas berpantang, sebab ini anak yang ketiga saya biarpun pertama yang saya lahirkan sendiri,” ujarnya.

Misha berkahwin dengan juruterbang Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 di Kota Bharu, Kelantan.

Pasangan itu memiliki dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");