Sukan Hari Ini

Misi buru juara dunia

Spa-Francorchamps, Belgium: Nico Rosberg mencerahkan peluang untuk terus memburu kejuaraan dunia selepas berjaya meraih petak pertama pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Belgium semalam.

Memanfaatkan sepenuhnya peluang selepas pendahulu keseluruhan yang juga rakan sepasukan Lewis Hamilton berdepan hukuman penalti sehingga menyaksikannya bakal bermula di petak paling belakang hari ini, pemandu Jerman berusia 31 tahun itu mempamer pemanduan cemerlang untuk meraih petak pertama buat kali ketiga berturut-turut.

Rosberg meraih petak pertama buat kali kelima musim ini dan yang ke-28 sepanjang kariernya sekali gus menyaksikannya berpeluang untuk mengurangkan atau mengatasi Hamilton yang mempunyai kelebihan 19 mata selaku pendahulu keseluruhan.

Sensasi Belanda dan wira tempatan Max Verstappen dari Red Bull menyambar petak kedua sekali gus muncul pemandu paling muda berada di kedudukan paling depan dalam sejarah Formula Satu mengatasi Kimi Raikkonen dari Ferrari yang berada di petak ketiga.

Juara dunia empat kali Sebastian Vettel meraih petak keempat bersama Ferrari di depan pemandu Australia Daniel Ricciardo bersama jentera Red Bull.

Sergio Perez keenam di depan rakan sepasukan Nico Hulkenberg, Valtteri Bottas dari Williams, Jenson Button (McLaren-Honda) dan Felipe Massa (Williams).

“Terima kasih semua,” kata Rosberg ketika berinteraksi dalam radio pasukan.

“Anda semua melakukan tugas dengan cemerlang,” katanya lagi.

Sesi kelayakan berlangsung dalam cuaca panas dengan suhu mencecah 36 darjah selsius, sesuatu yang di luar jangkaan bagi pembekal tayar Pirelli dan pasukan lain.

Masalah Fernando Alonso yang mengalami kegagalan enjin sehingga tidak dapat melakukan catatan masa.

Dia akan menyertai Hamilton dari petak paling belakang.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");