Panasnya Hari Ini

Najib Perlu Dedahkan Siapa MO1 Untuk Elak Kekeliruan

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disarankan agar mendedahkan kepada pemimpin UMNO dan BN siapakah Malaysian Official 1 (MO1) yang sebenar agar tiada yang keliru seperti Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi mengelakkan kekeliruan yang berpanjangan di kalangan UMNO/BN sehingga tercetusnya mangsa kedua yang dikaitkan dengan MO1.

Terdahulu, Nawawi dilaporkan mendakwa M01 adalah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

“Jika tidak boleh dinamakan, bolehlah membuat teka-teki dengan memberi bayangan rambut putihnya, bentuk rupanya, siapa isterinya dan juga hubungannya dengan Riza Aziz serta kedudukannya di 1MDB.

“Dengan ini, sudah pasti tiada lagi ahli Parlimen UMNO-BN yang akan meneka seperti Nawawi yang terteka sehingga mengaitkan identiti MO1 itu kepada Agong,”katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau juga yakin sekiranya Nawawi diberi maklumat yang betul, Ahli Parlimen Langkawi itu tidak akan tersilap teka siapa sebenar MO1 dan UMNO-BN tidak akan dimalukan lagi dengan tekaan yang jelas jauh tersasar.

“Keterlanjuran Nawawi adalah bukti mengapa saranan Majlis Raja-Raja agar isu 1MDB perlu disiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat secepat mungkin perlu dilaksanakan segera.

“PAS mengulang gesaan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang terdiri daripada ulama yang pakar dalam ekonomi dan kewangan Islam ditubuhkan segera untuk menyiasat skandal 1MDB sebagai usaha menyelesaikan isu 1MDB dan juga membersihkan nama Agong,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");