Perak Hari Ini

OAG Buat ‘Comeback’ Di OAGMERDEKARNIVAL Ipoh

IPOH:Buat peminat setia kumpulan OAG, ini peluang anda untuk menyaksikan persembahan ‘comeback’ dan mengenali mereka dengan lebih dekat di OAG Merdekarnival 31 Ogos ini.

Istimewanya kali ini,penampilan khas Qi Razali bersempena ulangtahun kumpulan itu yang ke-25 tahun akan berlangsung di (Koloni Karyawan Amanjaya) P.O.R.T.

OAG Merdekarnival dijangka berlangsung bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam yang bakal menghimpunkan bakat-bakat muda untuk mengekpresiasikan hasil kreativiti masing-masing.

Menurut Ahli kumpulan OAG, Qi Razali, karnival tersebut adalah bersempena ulangtahun penubuhan kumpulan itu dan Ipoh dipilih kerana ia lokasinya permulaan karya mereka dikenali di awal kemunculan.

“Di Ipoh adalah lokasi yang menghimpunkan peminat setia kami apabila OAG baru sahaja muncul dalam industri ini,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh hari ini.

Tambahnya lagi, peminat bakal menyaksikan persembahan mereka secara langsung selain dapat beramah mesra dengan ahli kumpulan OAG secara dekat.

“Bagi peminat kami, buku berkaitan dengan sejarah penubuhan OAG boleh anda dapati di karnival ini dengan harga istimewa,” katanya.

Sementara itu, menurut ketua Kumpulan OAG yang lebih selesa dikenali sebagai Radhi menyifatkan penganjuran karnival ini yang bersempena bulan kemerdekaan juga kemunculan terkini kumpulannya.

“Kami sudah lama tidak keluar dan akan kembali dengan sesuatu yang istimewa buat peminat setia OAG,” katanya.

OAG Merdekarnival kali ini juga turut menyediakan pelbagai aktiviti seperti sesi “Bedah OAG”, pameran mengenai OAG, Galeri OAG serta gerai jualan barangan tempatan hasil kreatif anak-anak muda Perak.

Penampilan istimewa daripada kumpulan Couple, Balok People, Muck pada konsert yang dijangka berlangsung pada sebelah malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai karnival ini anda boleh melayari laman facebook OAGMerdekarnival juga di laman instagram @OAGREUNION.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");