Panasnya Hari Ini

PAS Akan Saman Sarawak Report Dalam Tempoh Sebulan

KUALA LUMPUR : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan memfailkan saman terhadap Sarawak Report dalam tempoh terdekat di England.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Awang berkata, saman itu akan difailkan di negara tersebut kerana pihaknya difahamkan bahawa media tersebut berpusat di sana.

“Kita kenal queen counsel (peguam kanan) yang pernah ada hubungan dengan kita dalam kes sebelum ini.

“(Saman) dalam masa terdekat, dalam masa sebulan ini,”katanya, lapor Malaysiakini.

Terdahulu, Sarawak Report melaporkan bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri namun dinafikan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi satu kenyataan berkata, PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report kerana laporan itu berniat jahat dan mencemarkan nama baik parti itu.

Dalam masa yang sama, Abdul Hadi turut mengulas mengenai penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Ujarnya, PAS mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat memandangkan BERSATU belum berdaftar secara sah.

“BERSATU belum daftar lagi (secara sah), jadi kita tunggu dan lihat,”tegasnya.

Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghantar permohonan untuk mendaftarkan BERSATU kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");