Isu Panas

Pas guna FB untuk tarik sokongan pindaan Akta 355

SHAH ALAM – Pemuda Pas telah mewujudkan akaun rasmi Facebook Rang Undang-undang (RUU) pindaan Akta 355 bidang kuasa Mahkamah Syariah menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Pemuda Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Halim berkata, akaun rasmi itu bertujuan berusaha untuk mendapatkan maklumat berhubung pindaan RUU Akta 355 yang akan dibentangkan nanti.

Difahamkan lagi, laman itu juga diwujudkan bertujuan untuk meraih sokongan orang ramai terhadap RUU yang bakal dibentang oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelak.

“RUU 355 sekarang ini digunapakai hanya memperuntukan hukuman yang boleh dijatuhkan di Mahkamah Syariah tidak melebihi tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan. Dalam erti kata yang lain peruntukan undang-undang dan hukuman yang sedia ada tidak lagi menggerunkan mereka yang melakukan kesalahan. Bahkan akta tersebut sudah lama dan kali terakhir dipinda pada tahun 1984 dahulu. Ini bererti sudah 32 tahun digunapakai tanpa ada apa-apa pindaan.

“Kami wujudkan laman akaun Facebook ‘Task Force RUU 355?’ untuk mengajak seluruh umat Islam dan masyarakat bukan Islam untuk menyokong RUU ini,” katanya seperti yang dipetik menerusi kenyataan hari ini.

Katanya lagi, langkah pemerkasaan ini sedikit sebanyak akan membawa kepada ruang peningkatan keamanan dan keselamatan sejagat.

“’Task Force RUU 355’ akan berusaha menyalurkan sebaik mungkin informasi demi kefahaman bersama seluruh ahli masyarakat.

“Di samping itu, kami mengharapkan doa dan munajat semua agar usaha ini dipermudahkan Allah SWT dan mendapat sokongan padu dari seluruh rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Setakat ini, akaun tersebut telah mendapat 526likes daripada netizen di media sosial.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");