Isu Panas

Pas terbuka beri penjelasan isu pindaan Akta 355

SHAH ALAM – Pas sentiasa bersedia untuk bersemuka dan memberi penjelasan terhadap isu pindaan Akta 355 kepada mana-mana pihak termasuk Persatuan Hokkien.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, tindakan sedemikian amat penting bagi meredakan salah faham serta menggelakkan ketegangan yang tidak sepatutnya berlaku berhubung pindaan tersebut.

“Laporan polis yang dibuat oleh Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (GU) sebelum ini adalah kerana mereka melihat tindakan Persatuan Hokkien menghasut golongan bukan Islam supaya menolak pindaan Akta 355 yang menjadi urusan khusus umat Islam.

“Sedangkan tindakan itu boleh mencetuskan kebencian dan ketegangan sesama masyarakat negara kita yang melibatkan masyarakat Islam dan bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan memaklumkan bahawa Persatuan Hokkien sedang mengadakan kempen bagi mengutip tandatangan membantah pindaan Akta 355.

Berikutan tindakan itu, GU turut tampil untuk membuat laporan polis berhubung tindakan kempen bantahan tersebut.

Presiden GU, Norazli Musa berkata, sekiranya usaha mendapatkan 1 juta tandatangan bagi membantah Akta 355 itu dianggap sebagai hak Persatuan Hokkien, maka GU juga boleh membuat laporan polis bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan kaum terjamin di negara ini.

“Kami bimbang berlaku sesuatu yang tidak baik apabila ada pihak cuba campur tangan urusan umat Islam secara melampau seperti menghalang, menyekat dan menghasut rakyat untuk menolak masyarakat Muslim beramal dengan ajaran Islam yang terkandung dalam kitab suci al-Quran,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norazli berkata, masyarakat Islam juga mempunyai hak beramal dengan ajaran agamanya secara bebas sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan negara ini.

Katanya, Akta 355 secara jelas menyatakan bahawa segala hukuman di Mahkamah Syariah hanyalah untuk mereka yang beragama Islam sahaja dan tidak melibatkan agama lain.

“Penganut agama lain tidak perlu bimbang malah tidak perlu campur tangan dalam urusan agama Islam,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");