Jenayah

Pekerja tapak projek maut tertimbus

KUALA LUMPUR: Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira dua jam bagi mengeluarkan mayat seorang warga Bangladesh yang tertimbus sedalam enam meter di tapak pembinaan sebuah kondominium di Jalan Segambut Dalam, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.50 petang itu juga turut mencederakan seorang lelaki warganegara Malaysia yang turut tertimbus namun berjaya dikeluarkan pada peringkat awal dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Lokasi kejadian yang terletak berhampiran sungai dan hujan lebat pagi semalam, berkemungkinan menyebabkan struktur tanah tidak stabil, menyebabkan berlakunya runtuhan.

Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.57 petang sebelum sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pasukan penyelamat tiba 10 minit kemudian dan mendapati terdapat dua mangsa tertimbus, salah seorangnya lelaki Melayu berusia 28 tahun, masih hidup dan berjaya dikeluarkan.

“Bagaimanapun, seorang lagi mangsa dikenal pasti sebagai Nazmul Hosain, 30-an, meninggal dunia dan kerja-kerja mengeluarkan mayat agak sukar disebabkan keadaan tanah yang berair.

“Keadaan mayat yang dihempap batu besar di bahagian paha juga menyebabkan proses mengambil masa dan mayat hanya berjaya dikeluarkan pada jam 6.10 petang,” katanya.

Kedua-dua mangsa merupakan pekerja di tapak pembinaan berkenaan.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan mayat dibawa ke HKL untuk dibedah siasat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");