Membawang Hari Ini

Pekin teruja ditaja jenama antarabangsa

Gembira hasrat menghasilkan sebuah filem bercorak perlumbaan kereta terlaksana, pengarah dan pelakon, Pekin Ibrahim teruja saat syarikat automobil bertaraf antarabangsa Volkswagen sudi menjadi penaja.

Menerusi Volkswagen Malaysia, filem berjudul KL Wangan terbitan syarikatnya, Centro Pictures itu akan tampil dengan beberapa kereta mewah jenama itu seperti model Golf R, Golf Gti, Beetle dan Passat B8.

Berkongsi perasaannya, Pekin berkata, bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan daripada mereka.

“Orang melihat seperti saya boleh mendapatkan apa saja yang saya mahu. Hakikatnya saya bekerja keras bersama pasukan dan turun naik berjumpa pihak penaja.

“Hampir setahun saya berbuat begitu barulah mereka yakin untuk memberi kerjasama dan menjadi penaja.

“Satu penghargaan dan penghormatan untuk saya apabila syarikat bertaraf antarabangsa sudi memberikan kerjasama,” katanya selepas sesi pelancaran dan menandatangani kerjasama itu, baru-baru ini.

Pada majlis itu, turut diperkenalkan barisan pelakonnya seperti Faizal Hussein, Emily Lim, Kazuto Soon, Jasmine Suraya dan Pekin sendiri.

Filem berkenaan sudah memulakan penggambaran sejak 21 Ogos lalu di dalam negara.

Berkongsi mengenai KL Wangan, Pekin berkata, ia adalah satu nama yang cukup popular di Jepun.

“Saya mengkaji mengenai Wangan ini. Ia cukup popular dan sudah lama di Jepun. Wangan bermaksud ‘midnight race’.

“Saya cuba membawanya ke sini kerana yakin peminat dalam kalangan pelumba kereta mewah juga ada cuma tidak ramai yang tahu. Jika sebelum ini saya mengangkat kisah kehidupan mat moto, kali ini saya tampil dengan kehidupan pelumba kereta mewah.

“Perbelanjaan untuk filem ini menelan hampir RM5 juta, jadi saya mahu pastikan ia setaraf filem antarabangsa kerana saya mempunyai sasaran untuk memasarkannya di luar negara.

“Insya-Allah mungkin beberapa kereta yang pernah ada di dalam filem Fast and Furious turut digunakan dalam filem ini,” katanya.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");