Berita Hari Ini

Pemacu Pena TMJ Bukan Hanya Mengenai Rasuah – Khairy

KUALA LUMPUR: Pemacu pena (pen drive) yang diserahkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim kepada Khairy Jamaluddin bukan hanya melibatkan dakwaan rasuah dalam bola sepak, tetapi turut mengandungi maklumat lain.

“Ia bukan hanya mengenai dokumen mengenai bukti rasuah,” kata Menteri Belia dan Sukan itu, sambil menambah bahawa pemacu pena itu mengandungi maklumat mengenai aspek teknikal bola sepak.

Khairy berkata, beliau akan meneliti kesemua 279 halaman dokumen di dalam pemacu pena berkenaan dan menyerahkan mana-mana maklumat berkaitan rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jika terdapat rasuah, saya pasti akan menyerahkannya kepada SPRM,” katanya.

Khairy berkata, maklumat di dalam dokumen berkenaan turut mengandungi strategi mengenai pembangunan bola sepak, dan meliputi aspek kejurulatihan dan latihan termasuk bola sepak dan futsal wanita.

“Saya tidak menyerahkan mengenai cara permainan bola sepak kita kepada SPRM atau mereka akan mentertawakan saya,” tambahnya.

Bagaimanapun, bagi bersikap telus sepenuhnya, Khairy berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk menyerahkan keseluruhan kandungan dalam pemacu pena itu kepada SPRM.

Jumaat lalu, Tunku Ismail menyerahkan pemacu pena kepada Khairy ketika menerima kunjungan menteri tersebut di Istana Bukit Pelangi, Johor.

Pemacu pena itu didakwa mengenai bukti rasuah dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");