Jenayah

Pemandu lori curi kontena didenda RM3,000

KUALA LUMPUR: Akibat mencuri sebuah kontena simpanan barang, seorang pemandu lori didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini.

Majistret Mohamed Izwan Mohamad Noh juga memerintahkan Marzuki Wahab, 52, menjalani hukuman penjara lapan bulan jika tidak membayar denda itu selepas dia mengaku bersalah mencuri kontena milik Syarikat Cantilever Bumi Sdn Bhd di belakang Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang, Ampang Jaya pada 5.30 petang, 26 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pekerja syarikat itu melihat tertuduh melarikan sebuah lori berisi kontena, dan berdasarkan nombor plat lori itu, pekerja berkenaan membuat laporan di balai polis.

Tertuduh ditahan di rumahnya bersama-sama tujuh kepingan zink yang digunakan untuk menutup atap kontena itu.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh namun, Marzuki yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan dengan alasan dia merupakan penanggung utama keluarganya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");