Jenayah

Penganggur ditahan bersama dadah RM20,000

Kuala Berang: Penganggur lelaki ditahan bersama 1,000 biji pil dipercayai pil kuda dalam serbuan di rumah keluarganya di Kampung Payang Kayu di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, serbuan dilakukan pada 10.30 pagi hasil maklumat awam dan risikan mengenai pengedaran dadah di rumah berkenaan.

“Ketika serbuan, suspek berusia 23 tahun berada di dalam bilik sambil memegang satu bungkusan plastik berwarna kuning.

“Sebaik menyedari rumahnya diserbu, suspek cuba meloloskan diri namun gagal dan pemeriksaan ke atas bungkusan itu menemui lima paket plastik berwarna biru.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 1,000 biji pil dipercayai pil kuda diangarkan bernilai RM20,000.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine dan suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");