Berita Hari Ini

Peningkatan ketara kes HFMD membimbangkan

BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan bimbang dengan peningkatan ketara kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di negara ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, sehubungan itu kementerian telah mengarahkan supaya semua tempat, khususnya taman bimbingan kanak-kanak dan pusat penjagaan kanak-kanak yang mengalami jangkitan HFMD ditutup.

“Tempat itu perlu dibersihkan sebelum boleh dibuka semula. Tempoh penutupan bagi satu tempat dengan tempat yang lain adalah berbeza, bergantung pada tahap keseriusannya,” katanya kepada pemberita selepas sambutan praHari Kebangsaan di SMK Teluk Kumbar di sini, hari ini.

Kementerian telah mengeluarkan amaran peringkat kebangsaan susulan peningkatan ketara kes HFMD di seluruh negara dengan Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu lebih 4,441 kes.

Majoriti kes HFMD disebabkan virus jenis Coxsackie Virus A16 dan Entrovirus 71 yang boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan betul.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");