Sukan Hari Ini

Persiapan rapi dari sekarang

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu semua pihak termasuk Majlis Sukan Negara (MSN) terus bekerja keras mencari pelapis dalam memastikan Sukan Olimpik di Tokyo 2020 akan ada kilauan emas pertama dijelmakan.

Menurut Khairy, usaha meningkatkan prestasi dan melahirkan atlet pelapis perlu diperhebatkan dengan rangka program dirancangkan.

“Kita dapat pingat daripada tiga jenis sukan, penambahan dari sukan berbasikal pada kali ini. Ini satu petanda yang baik daripada kontinjen negara.

“Walaupun tak berjaya memenangi pingat emas, tetapi pencapaian kali ini, terutama daripada badminton, sangat-sangat cemerlang dan memberi landasan yang kukuh untuk dapat kejayaan yang lebih besar dalam Olimpik Tokyo 2020,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut memberitahu yang beliau dan MSN bercadang menambah lagi jurulatih dari China bagi membimbing lebih ramai atlet terjun pelapis kebangsaan.

“Tidak dinafikan, badminton masih menjadi sandaran utama untuk meraih pingat emas Sukan Olimpik akan datang di Tokyo.

“Tapi, saya mahu kita menjadi sebuah negara yang boleh menyumbang pingat daripada pelbagai acara. Ada negara yang dapat pingat daripada satu sukan sahaja, saya tidak rasa kita mahu jadi negara Olimpik seperti itu.

“Jadi kita akan cuba melakukan persiapan rapi dari sekarang,” katanya.

Bagi sukan basikal, Khairy mahu lebih ramai lagi atlet pelapis dilahirkan agar dapat membantu Azizulhasni Awang, selepas pemenang gangsa itu sudah menyatakan hasratnya untuk terus bertanding di Tokyo 2020 nanti.

“Selain itu, saya juga percaya atlet karate negara mempunyai peluang meraih pingat untuk negara.

“Kita mempunyai beberapa atlet karate bertaraf dunia, kami masih menunggu klasifikasi bagi sukan karate untuk Olimpik Tokyo. Bagi sukan lain seperti memanah, menembak dan pelayaran akan dinilai semula, kami akan buat perancangan baru.” ujarnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");