Perak Hari Ini

Pokemon Go: Kerajaan Negeri Ambil Serius

IPOH:Kerajaan Negeri memandang serius mengenai fenomena terbaharu Aplikasi permainan maya, Pokemon Go yang berlaku di Malaysia khususnya di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata laporan dan kajian yang dibuat mendapati aplikasi Pokemon go ini tidak mendatangkan kebaikan yang besar malah ia mendatangkan masalah kepada masyarakat juga kehidupan.

“Ini kerana ia berkait rapat dengan privasi seseorang disamping dari segi keselamatan juga turut memberi kesan yang agak serius apabila terdapat jabatan tertentu terpaksa meletakkan notis larangan terhadap mereka yang bermain dengan aplikasi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung fenomena aplikasi tersebut yang turut menular di negeri ini.

“Kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara ini khususnya melibatkan kawasan keselamatan dan sensitif untuk aplikasi itu iaitu kawasan Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK) dan kediaman,” katanya lagi.

Beliau turut menasihatkan agar para pemain dapat mengendalikan permainan tersebut dengan sebaik-baiknya malah pengguna aplikasi ini juga perlu mengetahui batasnya.

“Paling utama, mereka perlu memilih lokasi yang bersesuaian untuk bermain permainan tersebut kerana dikhuatiri mengancam keselamatan berikutan terdapat kes melibatkan kemalangan disebabkan olehnya,” katanya.

Tegas beliau lagi, para penjawat awam khususnya dilarang sama sekali bermain aplikasi itu ketika waktu bekerja namun ia dibenarkan setelah habis waktu bekerja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");