Jenayah

Polis banteras aktiviti judi dalam talian di Lawas

MIRI – Polis berjaya membanteras aktiviti perjudian empat digit dalam talian di Lawas, Limbang berikutan penahanan seorang wanita berusia 32 tahun di sebuah kafe, semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek yang merupakan rakyat tempatan dari Kampung Long Lemutut, Ba’Kelalan, Lawas Limbang itu ditahan pada 4 petang, semalam.

Katanya, wanita berkenaan menjalankan aktiviti judi berkenaan sejak dua bulan lepas dengan menjadikan kafenya sebagai tempat operasi perjudian.

“Suspek akan berpindah ke lokasi baharu bagi mengelak daripada dikesan pihak polis…kita sedang memburu ‘mastermind’ aktiviti perjudian ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Abang Zainal berkata berdasarkan siasatan awal, suspek akan menerima pertaruhan dan mengeluarkan 12 tiket pertaruhan bernilai RM10 dengan slip dan kod bercetak.

“Kami merampas sebuah pencetak nombor Rego, slip pertaruhan yang tertulis empat digit nombor dan wang tunai RM208,” katanya menambah kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Perjudian 1953.

–Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");