Perak Hari Ini

Promosi Merdeka: Nasi Kandar RM4.90

IPOH: Sempena bulan kemerdekaan ini, Restoran Pekan Nasi Kandar- DJ Bistro akan mengadakan promosi bagi nasi kandar kuah campur di restoran tersebut dengan harga RM4.90 sepinggan.

Terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu berhampiran dengan tapak Gerbang Malam Ipoh, restoran berkenaan menyediakan beraneka jenis masakan untuk dihidangkan kepada pengunjung.

Pengusahanya, Dulkibali Jamaluddin berkata, promosi merdeka berkenaan akan bermula pada 24 Ogos 2016 (Rabu) jam 11 pagi hingga 3 petang.

PERAK TODAY 3

Beliau berkata, pihaknya mengadakan promosi berkenaan untuk menunjukkan rasa kecintaan kepada negara dengan menawarkan harga yang jauh lebih murah kepada pelanggan yang berkunjung ke restorannya.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita rasa amat berbangga dan ingin menunjukkan semangat kemerdekaan dengan memberikan harga RM4.90 bagi setiap hidangan nasi kandar kuah campur berbanding harga asal iaitu RM6.50 sebelum ini.

PERAK TODAY 1

“Terdapat pelbagai jenis lauk yang disediakan untuk pengunjung rasai keenakannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Ujarnya, selain nasi kandar, terdapat juga masakan seperti tom yam, daging bakar, sup kambing berempah, tandoori dan pelbagai jenis jus buah-buahan.

“Kita jemput semua rakyat Malaysia khususnya di negeri Perak datang beramai-ramai untuk merasai sendiri makanan yang terdapat di Restoran Pekan Nasi Kandar ini,” katanya lagi.

PERAK TODAY 2

Selain Dulkibali, restoran berkenaan turut diusahakan bersama dua lagi rakannya iaitu Sheik Mohaideen Mohamad Ussain dan V. Shanmuganathan.

Penggemar nasi kandar bolehlah datang beramai-ramai ke restoran berkenaan di alamat No 1, tingkat bawah, Wisma Maju UMNO, Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh untuk merasai sendiri keenakan pelbagai jenis lauk yang disediakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");