Berita Hari Ini

PTPTN bukan punca muflis

LENGGONG – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan penyebab berlakunya taraf muflis dalam kalangan peminjam.

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara itu perlu difahami sebaiknya masyarakat meskipun PTPTN menempatkan peminjamnya yang gagal membuat bayaran semula dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

“CCRIS ini bukanlah bermaksud senarai hitam, ia juga langsung tak terlibat dengan sekatan ke luar negara, cuma untuk memohon sebarang pinjaman akan jadi sukar.

“Begitu juga dengan tanggapan bankrap, ia bukan berpunca daripada PTPTN tetapi berpunca daripada sebab-sebab lain,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Wang Pendahuluan Pembiayaan PTPTN di Dewan Merdeka Lenggong, di sini, kelmarin.

Shamsul Anuar berkata, PTPTN akan mempelbagaikan kaedah penguatkuasaannya dalam usaha memastikan pembayaran balik pinjaman berkenaan dilaksakan peminjam.

Beliau berkata, kaedah penguatkuasaan menerusi sekatan imigresen yang dilaksanakan setakat ini dilihat tidak mencukupi bagi mencapai sasaran kutipan balik pinjaman.

“Kena pelbagaikan kaedah enforcement. Tak boleh hanya kepada sekatan imigresen kerana daripada 2.5 juta peminjam PTPTN di seluruh negara, hanya berapa peratus yang ke luar negara,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");