Panasnya Hari Ini

Rafidah Nafi Sertai Parti Bersatu

KUALA LUMPUR:Bekas Ketua Wanita UMNO dan bekas anggota Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz menegaskan bahawa beliau tidak akan menyertai mana-mana parti baharu, khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik sumber Berita harian,ujarnya, beliau masih kekal sebagai ahli UMNO dan tidak bercadang untuk mengubah haluan walaupun jika ‘dilamar’ mana-mana individu daripada parti baharu berkenaan.

Veteran UMNO itu menambah lagi, ketika ini juga masih belum ada mana-mana individu daripada parti berkenaan datang kepadanya untuk membawanya menyertai parti berkenaan.

“Tidak (menyertai parti). Saya tidak ambil kisah dengan parti baharu itu dan saya tidak terbabit. Saya masih ahli UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendiriannya sama ada bakal meninggalkan UMNO untuk menyertai Mahathir dalam parti baharu berikutan Rafidah selama ini digambarkan sebagai penyokong bekas Perdana Menteri itu.

Beliau katanya mengetahui mengenai namanya telah dikaitkan dalam satu senarai yang didakwa adalah nama bakal pemimpin parti baharu itu, bagaimanapun beliau tidak mengetahui bagaimana beliau disenaraikan.

“Ada senarai nama ketika itu, tetapi saya tidak ada dan tidak tahu mengenainya kerana saya berada di luar negara (pada ketika itu),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");