Sukan Hari Ini

Raikkonen ‘Bengang’ Aksi Bahaya Verstappen

AKSI panas Kini Raikkonen dan Max Verstappen berlarutan hingga ke luar litar selepas perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Belgium pada Ahad malam.

Kedua-dua pelumba itu mengalami perlanggaran di selekoh pertama menyebabkan Raikkonen menamatkan aksi di kedudukan kesembilan manakala pemandu muda Red Bull itu di tangga ke-11.

“Saya boleh menerima kenyataan sekiranya perlumbaan sengit dan adil. Tetapi, pada pandangan saya apa yang berlaku di Eau Rouge bersama Verstappen adalah tidak betul.

“Ketika itu saya berada dalam kelajuan tertinggi dan perlu memperlahankan jentera sebelum Turn 5 kerana dia tiba-tiba berada di depan saya ketika cuba memintasnya.

“Saya tidak pernah mengalami situasi ini dengan pelumba lain. Jika saya membrek mengejut, pasti saya akan melanggarnya dan menyebabkan kemalangan besar berlaku,” jelas pelumba Ferrari itu.

Dalam pada itu, Verstappen yang menjadi pemain termuda memulakan perlumbaan di petak kedua tidak menghiraukan kemarahan Raikkonen terhadapnya.

“Sesuatu yang menarik untuk siaran televisyen apabila seseorang itu ‘merintih sakit’.

“Saya tidak akan berputus ada mempertahankan posisi sendiri dan jika seseorang tidak menyukainya, terpulang kepada mereka,” jelas Verstappen yang menyalahkan Sebastian Vettel sebagai punca kemalangan itu berlaku.

Kejadian itu berpunca apabila pelumba berusia 18 tahun itu enggan memberi laluan kepada Raikkonen dan rakan sepasukannya, Vettel untuk memintasnya di barisan kedua.

Verstappen cuba untuk mengekalkan kedudukan dengan memintas laluan Raikkonen di Turn 1 sehingga kedua-dua pelumba itu berlanggar termasuk Vettel yang berada dalam kelompok itu.

Ketiga-tiga jentera terbabit terpaksa dibawa ke pit untuk membaiki kerosakan sebelum meneruskan perlumbaan.

“Sebastian tidak nampak bahawa terdapat satu lagi jentera di situ. Dia menjangkakan saya akan membelok di selekoh terbabit, namun saya tersekat di tengah kedua-dua jentera (Vettel dan Verstappen).

“Akhirnya kami berlanggar sesama sendiri dan menyebabkan perlumbaan berakhir dengan keputusan yang tidak menarik,” jelas Raikkonen lagi.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");