Panasnya Hari Ini

Rakyat Malu, Malaysia Terpalit Dengan Budaya Rasuah – Mukhriz

KUALA LUMPUR : Ahli Jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, rakyat Malaysia kini malu apabila nama negara terpalit dengan budaya rasuah yang semakin diketahui seluruh pelosok dunia.

Bekas Menteri Besar Kedah itu turut mendakwa, selain pemimpin negara yang terlibat dengan budaya rasuah, rakyat juga turut menanggung malu apabila sistem demokrasi di negara ini tidak mampu untuk membetulkan keadaan tersebut.

“Rakyat semakin malu kerana nama baik Malaysia diheret ke kancah rasuah yang kini diketahui di seluruh pelosok dunia,”katanya, lapor Sinar Harian.

Katanya lagi, menerusi Mesyuarat Agung Tahunan Sayap dan Bahagian UMNO sebelum ini, pemimpin parti Melayu itu telah menggesa setiap ahlinya untuk memberi teguran sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam pentadbiran.

Namun begitu, Mukhriz turut berkata, amat malang apabila ada pihak menegur presiden UMNO, individu berkenaan telah dikenakan tindakan termasuk berdepan hukuman pemecatan jawatan parti dan kerajaan.

“Tahukah anda bahawa UMNO rosak bukan disebabkan mereka yang menegur kebatilan namun berpunca dari pemimpin seperti presiden parti yang mengaku mengambil duit dari pihak negara asing kononnya untuk parti dan tidak pernah mengisytiharkan sehingga didedahkan oleh media asing,” katanya.

Sementara itu, menjelang Hari Kemerdekaan tahun ini, Mukhriz turut menggesa agar ahli UMNO dapat memerdekakan jiwa dan raga mereka dari dibelenggu sifat taksub berikutan daripada suapan oleh pemimpin mereka.

“Wahai UMNO, segeralah insaf dan bertaubat sebelum azab Allah SWT turun dan semua yang membisu turut menerima padahnya.

“Sesungguhnya Malaysia berhak ke atas sesuatu yang jauh lebih baik dari apa kita alami sekarang,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");