Berita Hari Ini

Rapid Kamunting perluas operasi ke Bukit Gantang

TAIPING – Rapid Kamunting, rangkaian perkhidmatan Rapid Bus akan memperluaskan operasinya kepada pengguna di kawasan Parlimen Bukit Gantang bermula bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, perkhidmatan itu adalah bagi memenuhi permintaan masyarakat setempat.

Katanya penyediaaan Rapid Kamunting juga merupakan satu daripada program pelan dalam ‘Greater Kamunting’ iaitu sebuah kawasan perindustrian baharu di sini.

“Jaringan pengangkutan ini akan memberikan faedah kepada rakyat terutama di luar bandar,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Menurut Mohammad Zahir, pihaknya akan menyusun semula jadual perkhidmatan bas Rapid Kamunting terutama di kawasan laluan Jejak Warisan berikutan sambutan menggalakkan terutama pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Setakat ini, Rapid Kamunting menyediakan dua laluan sejauh 24 kilometer iaitu dari Kamunting ke Bandar Taiping yang bermula Mac lalu dengan menggunakan tujuh bas.

Berbeza dengan perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, projek Rapid Kamunting dilaksanakan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");