Sukan Hari Ini

Rashford Jaring Gol Tunggal United, Tewaskan Hull City

JARINGAN tunggal pada minit akhir oleh Marcus Rashford memberi kemenangan tipis kepada Manchester United ketika kunjungan ke Hull City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Ahad.

Selepas ke,dua-dua pasukan gagal mencari sebarang jaringan pada babak pertama permainan, skuad Jose Mourinho bangkit melakukan serangan, namun percubaan Wayne Rooney dan Zlatan Ibrahimovic belum cukup mantap untuk menembusi gawang Eldin Jakupovic.

Keadaan hujan di Stadium KC membuatkan pemain-pemain Mourinho gagal mencipta lebih banyak peluang gol.

Namun corak permainan mula berubah apabila Mourinho melakukan pertukaran pemain pada separuh masa kedua dengan memasukan Rashford dan Henrikh Mkhitaryan, menggantikan Anthony Martial serta Juan Mata.

Rashford tidak mengambil masa yang lama untuk mencari gol, namun percubaan pertamanya berjaya diselamatkan Jakupovic.

Bagaimana pun, minit terakhir permainan (90′) menyaksikan Rashford berjaya memecah kebuntuan dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Ia merupakan kemenangan pertama United dalam tiga perlawanan awal liga sejak 2011-12 ketika di bawah pengurusan Sir Alex Ferguson.

“Saya jangkakan perlawanan yang sukar dan memberitahu kepada pemain-pemain bahawa mereka bakal bertemu dengan satu pasukan yang mempunyai benteng pertahanan yang baik.

“Kami tidak boleh bermain sambil lewa kerana situasi amat sukar sepanjang masa.

“Namun saya yakin kami telah melakukan yang terbaik. Setiap kali pemain kehilangan bola, mereka akan dapatkan kembali,” jelas Mourinho.

Mourinho turut memuji usaha Rashford yang berjaya menjaringkan gol kemenangan.

“Rashford seorang pemain yang bagus. Saya sedar sejak musim lalu, dan apabila bekerja sama dengannya musim ini, dia tetap sama.

“Ketika kami memerlukan kemenangan dalam dua perlawanan, hari ini dan ketika menentang Leicester City sebelum ini, dia muncul dan melakukan perubahan.

“Dia sangat berbeza berbanding Roobey dan Zlatan,” tambah Mourinho.

Dalam pada itu Hull yang dibimbing pengurus sementara, Mike Phelan berpuas hati dengan aksi pemain-pemainnya.

“Pujian kepada pemain-pemain saya. Mereka adalah hero. Usaha adalah sesuatu yang dituntut dan mereka tahu tidak ada jalan pintas untuk itu.

“Terdapat beberapa pasukan yang perlu kita berhati-hati. Manchester United berada dalam situasi yang baik dan saya kagum dengan pemain-pemain yang menguasai semua posisi,” jelasnya.

Senarai pemain:

HULL CITY (4-3-3): Jakupovic; Elmohamady, Davies, Livermore, Robertson; Huddlestone , Meyler , Clucas ; Snodgrass (Maloney 48, 6), Hernandez (Maguire 83), Diomande (Simpanan): Kuciak (Gk), Bowen, Olley, Clackstone, Hinchcliffe

MANCHESTER UNITED (4-2-3-1): De Gea ; Valencia, Bailly , Blind , Shaw, Fellaini, Pogba ; Mata (Rashford), Rooney (Smalling ), Martial (Mkhitaryan); Ibrahimovic-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");