Perak Hari Ini

‘Ride To Cinema’ Pupuk Kesedaran Tapisan Filem

IPOH:Bagi memupuk kesedaran mengenai pemilihan filem untuk ditonton yang telah ditapis dan bebas dari pengaruh anasir negatif, Unit Pendidikan dan Pencegahan Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri Perak (Bkf)  melancarkan Program Pendidikan dan Pencegahan _Ride To Cinema.

Program yang memasuki kali keenam penganjurannya ini dimulakan dengan Pelepasan Konvoi Bikers dari Kompleks KDN menuju ke pawagam GSC Ipoh Parade.

Ride to Cinema berjaya mendapat sambutan baik dari pasukan bermotosikal berkuasa tinggi yang melibatkan hampir 60 buah motosikal bagi penganjurannya kali ini.

IMG-20160828-WA0006

Ia merupakan anjuran penganjuran program itu bertujuan bagi memupuk kesedaran masyarakat dalam memilih bahan tontonan yang tidak berunsur lucah,gangsterisme,keganasan melampau yang mana boleh membahayakan budaya pemikiran generasi muda.

Ride to Cinema ini juga melibatkan penglibatan beberapa agensi kerajaan antaranya Angkatan Pertahanan Awam(dulu JPAM),RELA Ipoh Perak,Team Bikers Taiping Riders Group (TRG), Perak Bikers 08 , pawagam GSC Ipoh Parade dan kakitangan Bkf  Perak.

Sesi Pelepasan Konvoi telah dilakukan oleh Pengarah BKF Perak Mohd Naim Hashim bersama – sama Pengarah Penjara Tapah Shukry Saat.
IMG-20160828-WA0002

Turut hadir sama pada majlis tersebut Pengarah Parol Perak Terudey.

Selain itu pihak BKF Perak turut mengadakan pameran di ruang legar panggung GSC Ipoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");