Panasnya Hari Ini

RM1b Dalam Akaun Najib : Zahid Cabar Muhyiddin Tunjuk Bukti

KUALA LUMPUR : Tan Sri Muhyiddin Yassin dituntut agar mengemukakan bukti dakwaannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikatakan mempunyai hampir RM1 bilion dalam akaun peribadi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencabar agar Muhyiddin mengemukakan bukti sekiranya dakwaan itu benar.

“Minta beliau kemukakan bukti jika ada. Beliau tuduh perdana menteri kita, mesti tunjukkan bukti.

“Jangan membuat tuduhan berdasarkan khabar angin,”katanya, lapor Malaysiakini.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa hampir RM1 bilion berada dalam akaun bank peribadi milik Najib sebelum kemasukan RM2.6 bilion yang dilaporkan media.

Najib sebelum ini juga menyatakan bahawa AS$681 juta yang diterimanya pada Mac 2013 adalah sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab selepas perkara itu dihebahkan pada Julai tahun lalu.

Muhyiddin berkata, beliau mendapat tahu mengenai deposit yang diterima sebelum ‘derma’ RM2.6 bilion itu apabila peguam negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail berkongsi maklumat dengannya.

“Sah tuan-tuan. Saya tengok, waktu peguam negara (ketika) itu ialah Gani Patail. Dia tunjuk dengan saya, macam saya nak pengsan ada duit banyak itu dalam akaun Datuk Seri Najib.

“Tengok duit masuk akaun peribadi. Sebenarnya disebutkan peguam negara dahulu, sebelum dia juga nasibnya sama macam saya dipecat, dah ada hampir RM1 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib sebelum itu.

“Jadi semua yang disebutkan hampir RM4 bilion dalam akaun perdana menteri,”kata Muhyiddin dalam satu ceramah yang diadakan di Kelantan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");