Sukan Hari Ini

Rombakan FAS masih belum dimuktamadkan

ISU rombakan pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan siapa jurulatih baharu Selangor masih belum dimuktamadkan apabila mesyuarat exco semalam berakhir tanpa sebarang keputusan, lapor MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY.

Presiden FAS, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, banyak perkara perlu diteliti dan menyerahkan kepada Timbalan Presiden, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad untuk tindakan.

“Apa yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah mengenai pentadbiran dalaman. Jadi saya serahkan kepada Datuk Mokhtar untuk adakan perbincangan susulan.

“Perkara ini juga akan dibawa ke dalam mesyuarat exco akan datang,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco FAS, semalam.

Sebelum ini, Azmin menegaskan akan melaksanakan rombakan menyeluruh terhadap FAS serta The Red Giants.

Ia disusuli pemecatan pengendali, Zainal Abidin Hassan dan peletakan jawatan Setiausaha agungnya, Rosman Ibrahim dan bendahari, Datuk S Sivasundaram.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");