Perak Hari Ini

Sajian Asli Masakan Cina Di Restoran Sedap Muallaf

IPOH: Masakan berorientasikan masyarakat Cina kini tidak asing lagi di negara ini kerana hakikatnya, ia mempunyai pengikut dan penggemarnya tersendiri.

Terkenal dengan kaedah sajian asli masakan Cina, kini pengunjung beragama Islam tidak perlu khuatir dengan proses penyediaannya bagi menikmati hidangan itu.

Bagi masyarakat Islam di Perak terutamanya di bandaraya Ipoh, anda kini berpeluang menikmati masakan Cina Muslim di Restoran Sedap Muallaf berhampiran Jalan Pasaraya Eon Station 18 di sini.

PERAKTODAY3 (3)

Uniknya, pelbagai hidangan asli Cina yang dimasak oleh chef berpengalaman bagi menjaga keasliannya dan yang terkini hidangan manisan tradisional Cina dikenali sebagai Tang yuan turut boleh dinikmati semua.

Manisan ini merupakan hidangan yang dihidangkan hanya pada Tahun baru Cina sahaja iaitu yang diperbuat daripada tepung gandum dan air rebusan halia.

PERAKTODAY1 (5)

Pemilik restoran berkenaan, Mohd Hakimy Ng Abdullah memberitahu, hidangan yang disajikan adalah menggunakan resepi cara masakan Cina asli yang dikekalkan sehingga hari ini.

“Kesemua hidangan ini dipelbagaikan dengan kaedah masakan yang pelanggan pilih dan saya ingin pengunjung menikmati makanan Cina yang halal,” ujarnya.

Jelas Hakimy, antara hidangan utama yang menjadi kegemaran ramai adalah Mi Kari Ketam (RM8.00), Laksa Penang (RM5.50), Nasi Ayam Hainan (RM4.50) dan Chen Chong Fan (RM4.50)

PERAKTODAY4 (4)

Mula beroperasi sejak April tahun ini, Restoran Sedap Muallaf menyajikan makanan masyarakat Cina, Melayu dan Thailand selain daripada menyediakan hidangan makanan tengah hari juga sarapan pagi.

“Menu makanan tengah hari ditukar setiap hari yang berkonsepkan menu makanan masyarakat Cina mengikut kesesuaian pelanggan,” katanya.

Antara minuman yang menarik untuk anda cuba apabila berkunjung ke sini ialah Ice White Coffee Three Layer (RM2.80) dan juga Nescafe Three Layer (RM3.80).

PERAKTODAY (8)

Pelanggan juga turut berpeluang menikmati masakan panas seperti nasi goreng dan pelbagai jenis menu menarik sepanjang hari.

Restoran Sedap Muallaf yang sesuai untuk seisi keluarga ini beroperasi bermula pukul 8 pagi hingga 11 malam setiap hari, kecuali hari Isnin.

Nama restoran: Restoran Sedap Muallaf Stesen 18, Ipoh (berhampiran Eon Station 18 di belakang Maybank)
Alamat: NO,40 Medan Station 18/4 Station 18 Ipoh
Waktu operasi: 8 pagi hingga 11 malam (Isnin tutup)
No telefon:0142589489 (Encik Hakimy)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");