Berita Hari Ini

Sarawak nikmati kemerdekaan dalam Persekutuan

SRI AMAN: Penyertaan Sarawak dalam pembentukan Malaysia disifatkan satu keputusan bijak kerana kepemimpinan terdahulu meletakkan negeri ini secara keseluruhannya pada landasan tepat untuk bergerak maju, selain memberi nikmat kemerdekaan kepada rakyat.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, berkata selepas 53 tahun berada dalam Persekutuan, Sarawak ketika ini menjadi penyumbang ketiga tertinggi kepada Malaysia dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM122 bilion tahun lalu dan pendapatan perkapita negeri berjumlah RM45,000 dalam tempoh sama.

“Walaupun Sarawak sudah mencapai banyak kemajuan, masih banyak lagi perlu dilakukan agar negeri ini setanding dengan tahap pembangunan di negeri lain di Malaysia, khusus di Semenanjung.

“Sarawak adalah sebuah negeri besar dengan jumlah penduduk kecil dan berselerak, justeru menyebabkan kawasan pedalaman dan kawasan pesisir sukar diteroka bagi dibawa masuk dalam arus pembangunan.

“Namun, ia bukan alasan kebajikan rakyat di kawasan berkenaan terus terbiar tanpa ada pembelaan,” katanya dalam Program Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri, di sini, pagi tadi.

Mengulas lanjut, Adenan berkata pelaksanaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo hasil inisiatif Kerajaan Persekutuan diyakini menjadi pemangkin dalam merangsang pembangunan luar bandar, sekali gus melonjakkan ekonomi negeri ini seperti impak Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) kepada ekonomi Semenanjung.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");