Sukan Hari Ini

Selangor enggan pulang kosong

PENGENDALI sementara Selangor, K Gunalan mengharapkan anak buahnya tidak akan pulang dengan tangan kosong pada perlawanan Liga Super di Stadium Negeri, malam ini.

Gunalan berkata, pasukannya harus banyak mencipta ruang dan lebih menyerang ke kubu lawan untuk mendapatkan gol bagi meraih kemenangan.

Bagaimanapun, katanya, pemain dinasihatkan supaya tidak memandang mudah keupayaan lawan walaupun Sarawak berada di kedudukan ketiga terbawah liga.

“Kami tidak mahu pulang dengan tangan kosong dan mata perlu dikutip jika mahu terus perbaiki kedudukan dalam liga.

“Apapun, tuan rumah pastinya tidak akan membiarkan mereka dimalukan di halaman sendiri.

“Tapi, saya percaya pemain Selangor mampu memberi tekanan kepada lawan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Gunalan percaya barisan pemainnya berupaya untuk merampas kembali posisi ketiga liga yang kini dihuni oleh Kedah dengan perbezaan satu mata.

“Saingan masih berbaki empat perlawanan dan misi kami jelas, iaitu mahu menjadi pasukan ketiga terbaik dalam liga.

“Saya harap pemain laksanakan tugas dengan baik esok (hari ini) untuk membolehkan kita terus memperbaiki kedudukan liga,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");