Berita Hari Ini

Selaras pengeluaran tarif elektrik

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan pelarasan semula terhadap pengeluaran tarif elektrik untuk mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah.

Timbalan Ketuanya, Tan Kar Hing berkata, perkara itu perlu dilakukan segera memandangkan lebih sejuta isi rumah terkesan dengan kelewatan pengeluaran tarif elektrik yang dilaporkan bermula Julai lalu.

“Tarif elektrik sepatutnya dikeluarkan dalam tempoh 30 hari. Namun, tarif elektrik bagi Julai lewat dikeluarkan dan mengambil masa selama 36 hari untuk sampai ke tangan pembayar.

“Ini menyebabkan golongan berpendapatan rendah yang menikmati skim pengecualian pembayaran elektrik iaitu di bawah RM20, terpaksa mengeluarkan wang untuk menjelaskan bayaran walaupun kelewatan itu berpunca daripada TNB,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan Adun Simpang Pulai, di sini.

Hadir sama Exco AMK Perak, Khairul Anuar Musa dan Pengarah Komunikasi AMK Perak, Raja Azam Shah.

Kar Hing berkata, tiada alasan kukuh yang diberikan TNB berhubung kelewatan tarif itu dikeluarkan walaupun ia merupakan kepentingan kepada umum.

“TNB langsung tak beritahu tentang kelewatan ini, alasan mereka, sistem dinaiktarafkan. Itu sahaja. Ia amat mengecewakan pihak kami,” katanya.

Sementara itu, Khairul Anuar pula berkata, mana-mana individu yang tidak berpuas hati dan terkesan dengan tarif elektrik yang dikeluarkan TNB sebelum ini tampil membuat aduan ke biro guaman AMK Perak.

Katanya, aduan tersebut akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Tenaga Malaysia bagi tindakan lanjut.

“Suruhanjaya ini boleh menyiasat perkara tersebut sekali gus menyelesaikannya.

“Kita perlu pandang serius kerana sudah sebulan lebih perkara ini berlaku dan dibimbangi ia akan berpanjangan sampai bila-bila,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");