Jenayah

Setengah jam bantu mangsa sesak nafas

Muar: Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira setengah jam membantu menyelamatkan seorang pemuda berusia 27 tahun selepas mengalami sesak nafas ketika menyertai aktiviti meredah hutan di Pusat Rekreasi Hutan Paya Bakau, Parit Kassim, semalam.

Pegawai Bomba Kanan 1 Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Ismail Mahmod berkata, mangsa yang juga kakitangan sebuah universiti awam dikeluarkan kira-kira dua kilometer dari pintu utama lokasi itu jam 2.30 petang.

Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.30 petang dan 10 anggota dengan sebuah jentera Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian sebelum tiba 30 minit kemudian.

“Setiba di lokasi, memang berlaku kejadian seperti dimaklumkan kakitangan pusat rekreasi menerusi panggilan kecemasan berkenaan.

“Mangsa bersama-sama tujuh rakan yang lain dikatakan dalam perjalanan pulang selepas dua hari mengadakan aktiviti di sini,” katanya.

Ismail berkata, pihaknya berjaya membawa keluar mangsa kira-kira jam 2.30 petang.

“Meskipun ada sedikit kesukaran akibat tanah berlumpur, kami berjaya mengeluarkan mangsa secepat yang mungkin kerana membabitkan nyawa seseorang.

“Mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar oleh EMRS bomba untuk rawatan susulan,” katanya.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");