Sukan Hari Ini

Siasat insiden gaduh Ugo, Bunyamin

Kuala Lumpur: Insiden pergaduhan sesama rakan sepasukan antara dua tonggak pertahanan Selangor, Ugo Ukah dan Mohd Bunyamin Umar pada lima minit terakhir aksi menentang Sarawak di Stadium Negeri Kuching malam tadi akan disiasat sekali gus tindakan disiplin bakal diambil.

Menurut penolong pengurus pasukan, Noor Hisham Mohd Ghouth, pihaknya mengambil serius mengenai insiden memalukan itu dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemain.

“Satu siasatan dalaman akan dijalankan bagi mengenalpasti masalah. Tidak ada tolak ansur kepada tindakan yang menjejaskan keharmonian dan kesepakatan dalam pasukan.

“Walaupun menyedari insiden adalah berpunca dari semangat membara pemain untuk mencapai kejayaan, namun sikap profesional dan menghormati sesama rakan sepasukan haruslah dikekalkan,” katanya sejurus tamat aksi itu.

Dalam aksi itu, kedua-dua pasukan sekadar berpuas hati dengan kutipan satu mata selepas terikat 1-1 dengan tuan rumah terlebih dahulu mendahului menerusi sepakan penalti Junior Aparecido pada minit ke-40 sebelum disamakan pemain gantian, Adam Nor Azlin pada minit ke-76.

Sebelum ini, dua pemain Red Giants iaitu Hafiz Kamal dan Mauro Olivi turut bergaduh sesama sendiri di bilik persalinan sebaik tamat aksi menentang FELDA United di Stadium Tun Abdul Razak di Jengka, Pahang.

Siasatan dalaman juga turut dijalankan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berhubung pergaduhan kali pertama itu, namun hanya amaran lisan diberikan ke atas Hafiz dan Olivi.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");