Membawang Hari Ini

Siti Liza tak peduli kritikan

Mungkin nama Siti Liza kurang dikenali di Malaysia, namun di negara kelahirannya Indonesia, nama Siti Liza cukup popular berikutan dia digelar Siti Nurhaliza Indonesia.

Begitu mengagumi artis terkenal tanah air itu, pemilik nama sebenar Resrilliza, 28, ini berkata, minat menyanyi mula timbul sejak dia berada di bangku sekolah lagi.

Malah, lagu-lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza antara yang menjadi kegemarannya. Pernah juga penampilannya hampir sama dengan Siti, namun dia tidak peduli dengan kritikan asalkan apa dilakukan lahir daripada hatinya sendiri.

“Iya…Siti Nurhaliza adalah artis idola saya yang sangat saya kagumi dan sukai. Saya menggunakan nama Siti Liza mengambil sempena namanya.

“Kebetulan nama saya ada Liza maka terhasillah nama Siti Liza itu. Tidak saya nafikan dia adalah pencetus semangat saya untuk bergiat aktif menyanyi sehingga kini.

“Cara dan gaya penampilannya banyak mempengaruhi kehidupan saya terutama dalam bidang seni,” kata anak bongsu daripada dua beradik ini.

Hadir ke ibu negara bagi melancarkan single duetnya bersama penyanyi Firman Siagian berjudul Fatwa Pujangga, Siti yang merasakan diri masih baru teruja saat digandingkan bersama, baru-baru ini.

“Saya sangat teruja dan gembira, apatah lagi kami berpeluang mengadakan jelajah promosi ke sini dan juga Singapura untuk single ini. Namun, pada masa yang sama rasa sedikit sedih kerana Firman tidak dapat bersama-sama pada saat akhir berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.

“Apa pun saya gembira dapat berpadu suara bersama Firman menerusi single Fatwa Pujangga ini,” katanya.

Fatwa Pujangga adalah lagu lama yang diberi nafas baru. Menerusi lagu berkenaan Siti Liza menyanyikannya dalam versi rap.

“Saya akui pada mula agak susah juga hendak menyanyi rap ini kerana muzik saya lebih ke arah balada. Pun begitu saya tidak mengalami banyak masalah kerana sudah membuat latihan terlebih dulu dan kami hanya mengambil masa sejam untuk merakamkan lagu ini,” kata penyanyi yang berasal dari Padang, Indonesia ini.

Selain Fatwa Pujangga, Siti Liza bakal tampil dengan album pertama penghujung tahun ini.

Album memuatkan 10 lagu itu mengambil masa hampir tiga tahun berikutan Siti lebih fokus kepada penghasilan single demi single.

“Sekarang adalah waktu yang sesuai untuk saya tampil dengan album. Jika sebelum ini saya selesa dengan single saja, kini selepas tampil dengan lima single saya yakin untuk ke arah album penuh.

“Insya-Allah jika tiada halangan semuanya akan dilakukan hujung tahun ini,” katanya yang popular dengan single Dua Hati.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");