Membawang Hari Ini

SM Salim perjuang irama tradisional

“Apa dah jadi.
Apa dah jadi.
Sampai sekarang tak kahwin lagi.
Ap nak jadi.
Apa nak jadi.
Kalau tak kahwin menyesal nanti.
Apa nak jadi…”

Ini sebahagian lirik lagu Apa Nak Jadi yang popular sekitar 1990-an. Lagu ini sarat dengan unsur jenaka, namun mempunyai mesej yang sangat berguna kepada masyarakat.

Lagu ini mengisahkan seorang lelaki yang ingin berkahwin dengan beberapa wanita disukai. Tetapi, niat murninya gagal dek pelbagai dugaan yang ditempuhi, namun akhirnya, berjaya juga mendirikan rumah tangga.

Jika kita kembali mendengar lagu ini, perasaan kita boleh berubah menjadi gembira kerana lagu tersebut mempunyai unsur jenaka dan lebih menarik, lagu tersebut berentak irama tradisional, irama yang agak sukar untuk didengari pada masa kini.

Inilah kelebihan yang dimiliki penyanyi Tan Sri Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros atau lebih dikenali sebagai SM Salim. Namanya sudah tidak asing dalam industri hiburan tempatan meskipun agak lama tidak menyanyi kerana usia beliau kini menjangkau 88 tahun dan tidak sekuat dahulu untuk menyanyi.

Irama tradisional

Menyingkap sedikit sejarah hidupnya, SM Salim adalah seorang penyampai radio secara sambilan di stesen muzik radio, Radio Malaya pada 1957. Pada masa sama, beliau turut menjadi penyanyi dan memilih irama tradisional sebagai identitinya di dalam bidang hiburan.

Walaupun industri hiburan tempatan mengalami evolusi dek perubahan zaman, namun dia kekal utuh dengan pendiriannya, iaitu tidak mahu menukar genre muzik yang dibawanya.

Beliau berbuat demikian kerana mahu memperjuangkan genre irama klasik, sepertimana yang dilakukan oleh seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang juga salah seorang daripada idolanya.

Kembali kepada muzik yang dibawanya, selain menyanyi, SM Salim juga berkebolehan mencipta lagu dan lagu yang diciptanya sarat dengan pengajaran berguna.

Jika dihayati lirik lagu SM Salim, kebanyakan lagunya bukanlah lagu berkisar kepada cerita cinta tetapi lebih kepada cara hidup masyarakat pada ketika ini.

Salah sebuah lagu yang menyentuh mengenai kemasyarakatan yang dikarangnya olehnya adalah Bunga Tanjung. Jika dibaca lirik lagu tersebut, lagu itu sangat ringkas.

Namun di sebalik lagu itu dinyatakan jika tidak menjaga hati dengan baik, kebaikan di dalam diri kita mungkin menghakis sedikit demi sedikit.

Inilah legenda sepanjang zaman.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");