Berita Hari Ini

SSM minta peniaga atas talian mendaftar

MARANG – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah beberapa kali meminta peniaga atas talian agar mendaftarkan syarikat mereka sebelum mereka memulakan jualan dan sekali lagi menekankan perkara yang sama hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner, pihak SSM menyifatkan perkara tersebut adalah penting dalam mengelakkan sebarang kewujudan kes penipuan yang melibatkan pengguna.

“Sehingga ke hari ini, sebanyak 42,000 perniagaan atas talian telah didaftarkan iaitu untuk tempoh antara 2012 sehingga minggu lepas,” katanya ditemui selepas Program Kayuhan Amal SSM di Asrama Darul Falah, di sini, hari ini.

Program diadakan bersama anak yatim itu juga sempena menyambut Bulan Kebangsaan.

Beliau berkata, ketika ini terdapat ramai penjual menggunakan platform seperti Facebook, Instagram, dan sebagainya untuk menjalankan perniagaan mereka dan kadang-kala pengguna mudah tertipu dengan para penjual terbabit.

Menurutnya, untuk mengatasinya, pengguna perlu lebih waspada dan mengambil langkah awal seperti meminta nombor akaun syarikat perniagaan terbabit untuk sebarang urusan pemindahan wang dan bukannya ke akaun individu.

“SSM juga telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis untuk tindakan lanjut kepada 114 pemilik perniagaan disebabkan kegagalan mereka untuk mendaftarkan syarikat sehingga minggu lepas, pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, pada majlis sama, SSM turut menyampaikan zakat fisabililah kepada pihak pengurusan Asrama Anak Yatim Darul Falah sebanyak RM10,000 manakala kepada penghuni lelaki dan perempuan di asrama berkenaan sebanyak RM4650.

Penyerahan disempurnakan Zahrah kepada Yang Dipertua Asrama Darul Falah, Yusof Musa.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");