Panasnya Hari Ini

Suburkan Kemerdekaan Dengan Semangat Perjuangan Ulama

KUALA LUMPUR : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru agar rakyat Malaysia dapat menyegarkan kembali semangat perjuangan ulama untuk mengisi kemerdekaan negara dengan acuan Islam yang menyelamatkan.

Ujarnya, negara ini telah melalui tempoh penjajahan yang panjang di bawah pelbagai kuasa penjajah sehingga terbentuknya Malaysia pada tahun 1963.

“Sepanjang tempoh ini telah menyaksikan kebangkitan pelbagai golongan rakyat menentang penjajah terutamanya ulama seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Syed Sheikh Al-Hadi dan ramai lagi.

“Marilah kita bugarkan kembali semangat perjuangan mereka untuk mengisi kemerdekaan negara dengan acuan Islam yang menyelamatkan,”katanya menerusi satu perutusan yang dimuatnaik di Facebooknya.

Ujarnya lagi, tempoh 59 tahun negara ini menyambut kemerdekaan untuk membangunkan negara yang maju dan disegani cukup panjang tetapi secara realitinya, negara ini dihambat dengan pelbagai masalah yang mencengkam rakyat.

“Maka di kesempatan ini, PAS ingin menawarkan penyelesaian Islam yang telah terbukti memberikan keadilan dan keamanan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama di sepanjang sejarah tamadun Islam yang memerintah sebahagian besar selama ribuan tahun.

“Sempena sambutan kemerdekaan negara kali ini, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama PAS dan keadilan Islam di atas semangat ukhuwah ke arah membina Malaysia yang lebih baik dengan petunjuk dari Allah Tuhan sekalian alam,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");