Jenayah

Suspek samun kedai serbaneka dicekup

Johor Bahru: Lelaki paling dikehendaki dipercayai terbabit dalam enam kes samun kedai serbaneka 24 jam di bandar ini ditahan di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan anggota daripada Balai Polis Perling ketika rondaan cegah jenayah, 1 pagi tadi.

Katanya, lelaki terbabit yang menaiki motosikal dilihat dalam keadaan mencurigakan di lokasi berkenaan.

“Ketika memperkenalkan diri sebagai anggota polis dengan menunjukkan kad kuasa, suspek bertindak melarikan diri dengan memecut laju bersama motosikalnya.

“Selepas mengejar sehingga di simpang empat hadapan restoran, kenderaan ditunggang hilang kawalan dan terbabas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");