Panasnya Hari Ini

Tak Ada Keperluan Lantik Muhyiddin Jadi Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR : Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad berkata, tiada keperluan untuk melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua pembangkang baharu pada masa ini.

Ulas beliau, pihaknya berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam usaha Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Saya merasakan ramai yang berpotensi untuk memimpin hubungan baharu ini dan (Muhyiddin) boleh dipertimbangkan sebagai ketua pembangkang.

“Tapi setakat ini, kita tak nampak adanya keperluan untuk menukarkan ketua pembangkang,”katanya, lapor mstar.

Bagaimanapun, beliau berkata, AMANAH tidak ada alasan untuk menolak Muhyiddin sekiranya bekas Timbalan Perdana Menteri itu dicalonkan dan diterima untuk menjadi ketua pembangkang yang baharu.

Ahli Parlimen Shah Alam itu turut berkata, AMANAH menerima Muhyiddin disebabkan bekas Timbalan Presiden UMNO itu telah dipecat dari UMNO dan seterusnya membentuk parti politik yang menyokong pakatan pembangkang.

Dalam masa yang sama, Khalid berkata, AMANAH menyokong pembentukan parti baharu pimpinan Muhyiddin walaupun keahlian parti berkenaan berasaskan Melayu dan Bumiputera sahaja.

“AMANAH memandang positif penubuhan BERSATU sebagai parti tidak bersifat rasis, mampu membawa pemikiran Melayu dan Bumiputera keluar dari politik perkauman.

“Harapan AMANAH supaya corak politik perkauman dapat dijauhi dan dibawa oleh pemimpin parti berkenaan,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");