Isu Panas

Tak peka rintihan pengguna, Pemuda Umno bidas TNB

SHAH ALAM – Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) sepatutnya lebih peka dengan rintihan dan rungutan pengguna di negara ini.

Exco Pemuda Umno, Rahman Hussin berkata, syarikat itu sepatutnya sedar sistem baharu yang diperkenal banyak menimbulkan masalah kepada pelanggan mereka.

Katanya lagi, TNB selaku syarikat pembekal tenaga eletrik yang tunggal di negara ini sepatutnya memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggannya.

“Kebelakangan ini kita mendengar banyak rungutan dan sungutan daripada pengguna-pengguna berkaitan dengan bil dan perkhidmatan yang diberikan oleh TNB.

“Mana tidaknya, sejak sistem pengebilan yang baru ini diperkenalkan pelbagai masalah timbul. Dari bil tertunggak sehinggalah jumlah bil yang meningkat terlalu tinggi secara tiba-tiba, pengguna terus menyuarakan sungutan mereka di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, TNB harus memberikan notis lebih awal dan secara meluas sekiranya ingin menukar sistem baharu.

“Bukankah lebih elok sekiranya dilakukan kempen yang lebih meluas. Sekiranya benar bahawa TNB telah melakukan sehabis baik, saya yakin tiada langsung rungutan mengenai kekeliruan, kegagalan sistem online dan pelbagai rungutan mengenai pembaharuan yang baru ini.

“Kita di Pemuda Umno melihat isu ini sebagai sesuatu yang serius kerana penukaran sistem pengebilan ini mengelirukan dan ada yang mengadu mengatakan mereka terpaksa membayar jumlah yang tinggi secara tiba-tiba. Selain daripada itu sistem bil baru ini tidak membenarkan pelanggan yang terlebih bayar sebelum ini untuk menuntut kembali jumlah yang telah terlebih bayar,” katanya lagi.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa syarikat itu mencari jalan untuk memulang semula bayaran bil yang dikreditkan awal oleh pengguna.

“Cari jalan untuk mengembalikan wang yang terlebih bayar, jangan dibuat tak tahu sahaja. Mungkin RM 50 tidak bermakna kepada tuan-tuan di pengurusan TNB tetapi ia amat bermakna bagi kami di bawah sini.

“Selain daripada itu, penukaran sistem pengebilan ini mewujudkan satu ‘billing cycle’ yang lama dan ini sekaligus akan meningkatkan bil elektrik pengguna. Sama ada sengaja atau tidak, saya gesa TNB yang memonopoli sektor ini untuk peka dan mengambil kira perkara ini.

“Jika pengguna seperti kami terus tidak dipeduli oleh TNB, saya gesa kita buka sahaja industri ini kepada pembekal perkhidmatan yang lain agar kita selaku pengguna dapat merasai perkhidmatan yang lebih berkualiti,” bidasnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");