Perak Hari Ini

Tambah Percuma Di ‘Profesor Cendol’

IPOH: Buat para penggemar cendol kini anda berpeluang menikmati hidangan tersebut sebanyak mana yang anda mahu apabila anda berpeluang menambah minuman itu semula secara percuma.

Menariknya, setiap kali anda ‘refill’ minuman anda, tiada sebarang caj tambahan dikenakan.

PERAKTODAY3 (2)

Turut disediakan dua menu lain lain iaitu laksa dan nasi goreng ikan rebus yang juga membenarkan anda menambah semula hidangan tersebut sekiranya ingin berbuat demikian.

Segalanya itu anda boleh anda nikmati di gerai Profesor Cendol berhampiran Plaza Tol Simpang Pulai di sini.

Baru sahaja membuka perniagaan ini, ternyata ia telah menerima sambutan yang cukup menggalakkan terutamanya pada hujung minggu.

PERAKTODAY2 (4)
Wakil Pemilik gerai, Nur Farah Ain Ramlan

Pemilik gerai, Nur Farah Ain Ramlan berkata pelanggan yang menikmati tiga hidangan tersebut digerai berkenaan boleh menambah hidangan itu kembali seberapa banyak yang diingini.

“Dengan moto ‘Terlajak kenyang, tambah percuma’ pelanggan boleh menikmati hidangan tersebut sehingga puas,” katanya ketika ditemui Peraktoday baru-baru ini.

Bagaimanapun bagi hidangan nasi goreng ikan rebus, tambahan ikan akan dikenakan bayaran sebanyak RM2.00.

PERAKTODAY4 (3)

Profesor Cendol dibuka setiap hari seawal 10 pagi hingga 7 malam.

Anda dinasihatkan untuk datang awal supaya tidak perlu menunggu lama bagi menikmati keenakan cendolnya.

PERAKTODAY (6)

PERAKTODAY5 (1)

Restoran: Profesor Cendol
Lokasi: berhampiran susur keluar Tol Simpang Pulai (sebelah kiri jalan)
Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam (setiap hari)

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");