Jenayah

Teman lelaki antara empat suspek bunuh

Klang: Empat individu ditahan bagi membantu siasatan kes mayat wanita di dalam beg di sungai d Jalan Harper, Bandar Baru Klang di sini, 25 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, semua suspek berusia lingkungan 20-an termasuk teman lelaki mangsa dan seorang wanita itu diberkas pihaknya di sekitar Kuala Lumpur, Ahad lalu dan kelmarin.

“Berdasarkan hasil siasatan dan risikan, kita pada awalnya menahan seorang suspek yang membawa kepada tangkapan tiga lagi suspek termasuk dalang kejadian bunuh itu.

“Semua suspek yang didapati positif dadah itu direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, identiti mangsa sudah disahkan waris keluarga sebagai ibu tunggal beranak lima berusia 36 tahun.

Kata Mohd Yusoff, motif awal kes itu dipercayai akibat cemburu dan pengaruh dadah namun siasatan lanjut sedang dijalankan sebelum dirujuk untuk proses pendakwaan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");